Tebuan Dan Ular Tedung

Assalamualaikum 
Holla Everyone ! 

Terasa masa begitu cepat sekali kan ? Harini dah 3 Januari 2013 macam baru 3 Januari 2012 . Haaa...ini bukan dongeng bukan khayalan ini betul-betul KENYATAAN dan dah masuk tahun baru iaitu 2013 ! No dreaming anymore okay ! Ehem ehem...macam lari tajuk dan apa yang aku merepek ni ? :\ .

Okay berbalik pada tajuk aku harini "Tebuan Dan Ular Tedung" . Sebelum tu aku nak bagitahu yang aku bukan nak cerita pasal "tebuan tu datang dari mana ?...ular tedung tu warna apa ?...saiz dua binatang tu apa ke ?..." bukan bukan bukan...aku nak cerita tentang kejadian yang abah aku lalui kat kebun di Pontian . Hahaha . Macam lawak pulak aku cakap macam tu . Gaya macam nak cerita hantu jekkk...uwekkk . Hahaha . Dah dah meh sini dengar apa aku nak cerita ni .

First pasal tebuan . Minggu lepas , macam biasa abah pegi kebun pagi-pagi lepas tu abah jalan-jalan lah kat bahagian belakang . Ada satu pokok besar , pokok tu pokok cempedak abah lalu bawah pokok tu lepas tu abah nampak banyakkkk sangaaat tebuan bergayut macam langsir kat dahan or pokok tu...keadaannya macam ni

  

Sorry lah kalau tak berapa jelas sebab abah tangkap gambar ni pun dari jarak jauh...dah tu pulak abah zoom memang tak berapa jelas sangat lah kan . Kalau nak amik gambar depan2 dekat2...mau mau kena serang dengan tebuan tu kang . Lebih baik berwaspada dan mencegah sebelum terkena . Betul tak ? Kalau korang nak tahu yang hitam-hitam tu lah tebuannya...dia dah berkelompok jadi macam tu . Hishhh ~ memang menyeramkan lah . Dan untuk pengetahuan korang tebuan tu masih bergayut kat situ lagi .

Second pasal ular tedung pulak...di lokasi yang sama di kebun tapi hal ni terjadi dekat-dekat dengan pondok cendawan . Berdasarkan apa yang abah cakap , abah kata time abah nak pegi belakang kot abah nampak ular tedung tu dulu . Ular tu dah kembangkan kepala dia dah abah kata . Dan abah kata mungkin dia nak lalu kat situ and bila nampak abah dia nak larikan diri tapi....tak kan nak biarkan je ? kena bunuh lah sebab nanti kalau kitorang datang sana tetiba dia muncul...haaa ! Tak terperanjat ? Mampuihhh ~ 
Alhamdulillah abah berjaya bunuh ular tedung tu . Panjang dia aku tak tahu bape tapi memang panjang . Abah sempat tangkap gambar ular tedung tu tapi selepas dia mati lah . Tengah hidup takut dia tangkap abah pulak...Nauzubillah... Nahhh aku bagi korang tengok gambar ular tedung tu . Warnanya hitam . Sorry gambarnya agak ngeri lah jugak . 


Okay , terima kasih sebab sudi baca cerita yang tak berapa nak best ni . Wassalam dan Selamat Malam . n.nY