Experiment Membuat Sabun

Assalamualaikum !
Selamat Malam :) !

Minggu ni ada 4 masa kimia , 2 masa hari Isnin , 2 masa lagi hari Selasa .
Cikgu Komala a.k.a cikgu kimia aku plan nak buat experiment sabun .
So , hari Isnin tu kiteorang belajar dia punya procedure 
then hari Selasa kiteorang buat experiment .

Experiment ni tak susah pun cuma makan masa sikit lah sebab nak 
dapat hasil yang baik kan . Lagipun bukannya untuk saja saja .
Nama pun experiment so kiteorang nak tahu macam mana
nak menghasilkan sabun . Selalu beli pakai je sabun tapi 
tak pernah terpikir macam mana sabun tu terhasil .

Hmm , gambar time experiment tak dapat amik sebab tak bawak
kamera . Kalau bawak kang takut kena rampas pulak sebab 
experiment ni melibatkan api . Takut ada side effect .
Experiment kiteorang Alhamdulillah semuanya okay . 

Okay itu sahaja . Good night . 

Hari Terbuka SMK Kulai Besar 2012

Assalamualaikum !
Hai semuanya !
Selamat Petang :)

Petang ni cuaca agak panas di Johor . Hm , bahang panasnya membuat aku rimas
even dah mandi . Tapi , takpe lah sebab dah berapa hari hujan je tak panas panas .
Kalau mak mak suka panas sebabnya senang baju kering . Kalau hujan terpaksa jemur
kat dalam rumah . 

Dah dah cerita pasal cuaca esok pun belum tentu habis .
Okay , harini petang ni aku nak share sikit dengan korang 
time Hari Terbuka kat sekolah aku . Hm , aku dengan kawan kawan under
Pusat Sumber dan Kelab KRK kena buka gerai tau pada haritu .
Tapi , tak tau nak jual apa mulanya . Hm , pikir punya pikir
kiteorang decide jual buah potong , spring potato dengan Pepsi float .

Nah kau , bunyi macam banyak je kan kiteorang jual ? Memang banyak pun . 
Haha , takde lah banyak sangat actually . Alhamdulillah lah jualan kiteorang 
habis dijual semuanya . Oh yer , semua jual beli kena guna kupon tau
jadi susah sikit nak terima duit cash sebab syarat jual hanya boleh terima
kupon je , cash tak boleh . Tapi ada jugak makcik makcik pakcik pakcik yang
bayar guna duit . Kiteorang amik je , pastu tukar dengan cikgu sebab
hasil kutipan jualan nanti kena kira , kalau ada duit cash , nanti 
tak akan dikira . So , tukar dengan cikgu settle dah masalah . Hehe

Best tau haritu , aku sempat snap beberapa gambar je sebab yelah sibuk menjual kan
hahaha ~ *gaya macam sibuk bebeno je aku ni . Hm , as usual Hari Terbuka
adalah hari pengambilan buku rekod kan . So , abah aku je yang datang .
Umi kat rumah . Tapi , time abah jumpa guru kelas aku tak ikut pun 
sebab tengah sibuk jual kat bawah . Lagipun abah aku datang pun aku tak tau 
jadinya selamat lah aku daripada kena bebel kan ? HAHA ~ *evil laugh xD

Tapi tapi tapi.....jangan ingat aku ni selamat sangat lah ye
sebab balik rumah kena bebel jugak .. ohhh hooo -.-'' sad life . 
Tapi , cam biasa ahh , aku tersengih sengih jelah weh . Kang betah kena pelangkung
kang , haaa , better sengih je . Hihihi . *sengih kera

Okay . Itu sahaja cerita aku . Sebelum tu tengoklah gambar ni .
Tu je aku sempat amik , yang lain ade tapi ni paling aku suka .
HAHA okay annoying me . bubye .


Kiri : Fazelah | Kanan : That is me  =D

Percubaan SPM

Assalamualaikum ! :)

Terasa macam nak share something dengan korang pulak petang ni .
Hm , sebenarnya takde apa sangat pun benda yang nak di-share-kan 
sebab mungkin korang dah tau . Tapi , mungkin jugak ada yang tak tau , 
so aku decide nak kasi tau pada orang yang tak tau .

Pada hari Isnin lepas , time perhimpunan turn Pengetua berucap 
dia cakap untuk Trial SPM atau Percubaan SPM mula lepas raya
pada 3 September 2012 . Aku time dengar tu dah terbeliak beliak ahh 
biji mata ni kan . Yelah , sekarang dah 16 Julai . Pejam celik pejam celik
dah 3 September . Pastu dah SPM sebenar . Ya Allah !!! Seram ~

Hm ~ kalau kita menghadapi periksa besar macam UPSR PMR SPM 
dugaan untuk kita memang banyak . Dengan siaran tv ceritanya best best , lagu 
baru dimainkan , sukan lagi , konsert Jom Heboh Kepoh lagi , cerita dekat
wayang best best memang  rasa semua tu kita nak buat semua kita nak tengok , 
semua kita nak pergi . Tapi , bila teringat SPM hanya sekali seumur hidup ,
 kalau berkorban untuk tahun ni apa salahnya kan ? 

Jadinya , pada korang yang menduduki ujian besar pada tahun ni 
tahanlah nafsu korang untuk semua benda yang korang suka tu .
Kalau boleh kita sama sama ambil setiap ujian besar tu sekali sahaja okay .
Hm , baiklah . Nak tolong umi sediakan juadah buka puasa .

Kepada korang yang berpuasa Selamat Berbuka Puasa ! 
Sebelum makan , cuci tangan . Mulakan dengan bismillah
makan tu jangan banyak sangat . Kang nak solat terawih semput kang . 
HAHAA ~ Gurau je . Bai .

First Ramadan

Assalamualaikum ! 
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak !

Alhamdulillah kerana aku diberi kesempatan dan peluang hidup pada harini . 
Dan jugak diberi peluang berkongsi cerita dengan korang yang sudi membacanya .
Harini 21 Julai 2012 jatuhnya hari dimana umat Islam diwajibkan berpuasa .
Tapi , aku tak dapat sambut first ramadan kerana diberi "cuti" oleh Allah .
Rasa terkilan sebab tak dapat sambut first ramadan tu memang ada
tapi , nak buat macam mana kan ? Allah dah bagi cuti takkan nak puasa
haram nanti kang . Haa , makanya aku akan jalani hari pertama puasa 
seperti hari biasa tapi takde lah sampai pegi kedai mamak makan tengah hari
pulak kan . Gilaa apa nak kena tangkap dengan Pejabat Agama ?

Harini kalau korang nak tahu hari lahir akak aku . First ramadan tu.. huhu
pestime pestime , haha . Okay , dah tau hari lahir akak aku , aku apalagi
call lah dia kan . Lepastu dia angkat call aku terus aku jerit "Happy Birthday To You"!
Haaa , terkejut tak terkejut tak ? Okay , nonsense gila aku berbual . Tapi , yang call tu
memang betul pun . Pastu cakap cakap cakap dia kata 

"hadiah mana hadiah ?"

Nahh kau...mintak hadiah pulak dia . Takpe , don't worry insyaallah aku belikan .
Tapi , tunggu kau balik lah kan baru bagi . Sebabnya dia dekat Perak .
Kalau kat sini aku belanja makan je . Cewahh , macam banyak je duit aku kan ?
HAHA ~ Kalau dah rezeki mana boleh tolak kan ? So , tunggu kau
balik lah kak baru aku bagi . Ni pun tengah pikir nak beli apa untuk kau .
For sure aku tak beli barang yang berwarna pink lah ye
sebab aku tau akak aku ni tak suka gila warna pink nyee pun hadoi...
HAHAHA ~ okay lah . Penat dah ni berceloteh even menaip je kan
ewah ewah macam lerr itew ni puasheeee . Hekhek , malu ler ~ 
Dah dah . Sekian . TQ .

Padah Ponteng Sekolah

Assalamualaikum :)

Lamanyaa tak hapdate belog . Rindunyaa nak bebel kat sini . Haha
Okay , firstly korang apa khabar ? Sihat ? Aku tengah demam ni . HAHA . 
Makan durian terlebih lebih pulak . Ni lah padahnya .Eh ? Padah ? 
Macam title harini je kan ? Haaa , nak tau tak asal aku letak tajuk 
tu macam tu ? Nak tau tak ? Okay , annoying gila aku kan? Korang ingat tak 
previous post aku yang pasal sukan tu ? Tau tak ? Haa , kan aku tak datang sekolah
time sukantara tu kan ? Aku kena denda....eh eh ! Bukan aku sorang semua yang tak 
datang pada haritu kena denda hantar surat kenapa tak datang dengan buat karangan 
tentang kebaikan bersukan di kalangan pelajar .Haaa ~ amekaw amekaw...kan dah 
kena buat karangan . Bak kata orang tak sakit tapi cari penyakit kan dah kena . 
Padan lah muka kan ! Tapi it's okay , aku kalau karangan ni insyaallah boleh buat lagi . 
Kalau suruh lain , mintak ampun nggak mau dong . Lol , indon keluar pulak . 
Oppsss sorry ~ Okay , sebenarnya tu je aku nak bagitau . 
Aku tengah bosan so aku merepek jap kat sini . Boleh kan ?

Assalamualaikum .