Alam Pekerjaan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .

Dah lama tak update blog . Kononnya masuk 2013 ni nak update blog setiap hari . Tapi tak kesampaian nampaknya . Maklumlah dah start kerja, dah masuk alam pekerjaan dah ? So busy sikit lah...tu yang tak sempat nak update blog dah . Cuma sempat online twitter dengan pesbuk je . Follow lah kalau rajin . Hehe

Okay-okay , mesti ada yang nak tahu aku kerja apa kan ? Kalau yang tak nak tahu pun aku paksa korang amik tahu . Hahaha . Apak iye ! Kejam  sungguh aku . Hihi . Aku sebenarnya tak tahu nak kerja apa sebab fikirkan transport lagi kan . Tapi seperti yang aku ada bagitau kat entry yang lepas , kawan aku offer kerja dengan mak dia . Kerja kat kedai jeruk je tapi best wooo . I got more experience . Sesuai sangat lah dengan tujuan sebenar aku nak kerja ni sebabnya aku nak cari pengalaman bukan cari duit semata-mata .

So , dah dapat job ni rasa macam okaylah . Alhamdulillah dapat jugak cari pengalaman baru . Sebelum ni kerja kat kedai makan . Now kerja kat kedai makan tapi lain sikit sebab jual makanan jeruk and ada lagi cuma belum official lagi...cewahhh ~ official gitu . Hakhakhak . Gaji ? Hmmm ~ lumayan jugak lah . Berpatutan dengan kerjanya . Aku start kerja 7 Januari . So sampai ke harini dah 2 minggu dah . Best kerja ni lagi lagi ada kawan aku (orang yang offer) . Tak bosan sangat lah . Kitorang kadang-kadang menggila dekat kedai tu . Haha . cam apa . hehe .

Waktu kerja 7 pagi sampai 7 malam . Dalam seminggu 6 hari je kerja, hari Ahad cuti . So , bolehlah rehat-rehat ,lepak-lepak kat rumah dengan keluarga kan . Aku pergi kerja abah yang hantar , balik abah jugak yang amik . Dah alang-alang abah nak pegi kerja so sekali arung jelah . Abah pun keluar pukul 6 lebih so okay lah kan . Masalah transport selesai sebab kedai dengan rumah aku jauh jugak . Kalau jalan kaki makan masa 40 minit . Boleh je jalan kaki tapi takut sebab kereta banyak . >.<

Okaylah , macam dah banyak sangat dah aku potpet ni . Ada masa aku update lagi . Terima kasih sebab sudi baca . Kalau nak comment pun boleh . :) Byebye reader . Lovaa ♥



“You only live once, but if you do it right, once is enough.” 
― Mae West

Tebuan Dan Ular Tedung

Assalamualaikum 
Holla Everyone ! 

Terasa masa begitu cepat sekali kan ? Harini dah 3 Januari 2013 macam baru 3 Januari 2012 . Haaa...ini bukan dongeng bukan khayalan ini betul-betul KENYATAAN dan dah masuk tahun baru iaitu 2013 ! No dreaming anymore okay ! Ehem ehem...macam lari tajuk dan apa yang aku merepek ni ? :\ .

Okay berbalik pada tajuk aku harini "Tebuan Dan Ular Tedung" . Sebelum tu aku nak bagitahu yang aku bukan nak cerita pasal "tebuan tu datang dari mana ?...ular tedung tu warna apa ?...saiz dua binatang tu apa ke ?..." bukan bukan bukan...aku nak cerita tentang kejadian yang abah aku lalui kat kebun di Pontian . Hahaha . Macam lawak pulak aku cakap macam tu . Gaya macam nak cerita hantu jekkk...uwekkk . Hahaha . Dah dah meh sini dengar apa aku nak cerita ni .

First pasal tebuan . Minggu lepas , macam biasa abah pegi kebun pagi-pagi lepas tu abah jalan-jalan lah kat bahagian belakang . Ada satu pokok besar , pokok tu pokok cempedak abah lalu bawah pokok tu lepas tu abah nampak banyakkkk sangaaat tebuan bergayut macam langsir kat dahan or pokok tu...keadaannya macam ni

  

Sorry lah kalau tak berapa jelas sebab abah tangkap gambar ni pun dari jarak jauh...dah tu pulak abah zoom memang tak berapa jelas sangat lah kan . Kalau nak amik gambar depan2 dekat2...mau mau kena serang dengan tebuan tu kang . Lebih baik berwaspada dan mencegah sebelum terkena . Betul tak ? Kalau korang nak tahu yang hitam-hitam tu lah tebuannya...dia dah berkelompok jadi macam tu . Hishhh ~ memang menyeramkan lah . Dan untuk pengetahuan korang tebuan tu masih bergayut kat situ lagi .

Second pasal ular tedung pulak...di lokasi yang sama di kebun tapi hal ni terjadi dekat-dekat dengan pondok cendawan . Berdasarkan apa yang abah cakap , abah kata time abah nak pegi belakang kot abah nampak ular tedung tu dulu . Ular tu dah kembangkan kepala dia dah abah kata . Dan abah kata mungkin dia nak lalu kat situ and bila nampak abah dia nak larikan diri tapi....tak kan nak biarkan je ? kena bunuh lah sebab nanti kalau kitorang datang sana tetiba dia muncul...haaa ! Tak terperanjat ? Mampuihhh ~ 
Alhamdulillah abah berjaya bunuh ular tedung tu . Panjang dia aku tak tahu bape tapi memang panjang . Abah sempat tangkap gambar ular tedung tu tapi selepas dia mati lah . Tengah hidup takut dia tangkap abah pulak...Nauzubillah... Nahhh aku bagi korang tengok gambar ular tedung tu . Warnanya hitam . Sorry gambarnya agak ngeri lah jugak . 


Okay , terima kasih sebab sudi baca cerita yang tak berapa nak best ni . Wassalam dan Selamat Malam . n.nY


PLKN OH PLKN !

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Tetiba tangan otak aku malam ni berfungsi dengan baik dan sangat baik sebab rajin nak update blog . Nampak tak tajuk aku tu ? Korang mesti tahu PLKN itu apa kan ? PLKN tu Program Latihan Khidmat Negara...ha kau panjang beno namanya pun . Kenapa aku sibuk dan rajin sangat nak update entry pasal PLKN ni ? Haaaa...kalau nak tahu aku salah seorang yang terpilih untuk PLKN ni tapi tapi tapi....aku dapat intake or group 2 atau 3 . Sedih dan kuciwa aku dibuatnya bila check pihak diorang bagitau macam gitu...Aku kalau boleh nak intake 1 tapi tak kesampaian . Takpelah nak buat macam mana kan ? Terima jelah .



Lepas dah check tu dah tahu dapat group keberapa , otak aku berfungsi dengan sangat baik dan fikirkan soal "KERJA". Yelah...intake 2 ke 3 ke mau mau lepas dapat result baru pihak diorang panggil or bagi surat...jadi tak kan nak "tanam anggur" kat rumah kan ? Kenalah kerja ke buat buat ada kerja ke...barulah tak bosan . Tapi memang serious lah 1 bulan dah berlalu aku just duduk rumah je . Makan tidur bangun mandi solat ngadap laptop tu jelah yang aku buat...nak cari kerja malas lagipun takde kenderaan . Tapi...Alhamdulillah...kawan aku ada offer kerja dengan dia . Aku terima jelah . Rezeki depan mata kan...haha

Oh ye kawan baik aku Fazelah namanya dia dapat first intake PLKN ni...Dia dapat kat Batu Pahat . Hari Jumaat 4 Januari 2013 ni dia gerak pegi sana . Aku harap dia dapat jaga diri dia kat tempat orang dan dapat kembali ke rumah seperti mana dia pergi . Mungkin kulit jelah kot akan berubah sebab yelah dengan kawadnya tengah-tengah panas . haha . Take a good self dear ! Don't forget me okay ! Kang jumpa kawan baru lupa kat aku pulak . Hehee . Okaylah , itu je aku nak kongsi dengan korang . Terima kasih sebab sudi baca apa yang aku potpet kan ni ye . Love you all . Wassalam .

First Day of School

Assalamualaikum 

Harini 2 Januari 2013 dan hari pertama persekolahan untuk tahun 2013 . Mesti pelik kan kenapa aku buat entry ni walaupun aku dah habis sekolah . Mesti ingat "budak ni sekolah lagi ke?...Bukan dah habis SPM ke?..bla bla bla...." Haaa...sabar dulu dong , bukan aku sekolah lagi ke hape ke...ni nak cerita pasal first day of school adik aku . Eh ? Adik aku ? Korang kenal ke ? Ceittt ~ tak kenal ? Nak kena cubit ni...okay2 tak yah nak bising-bising meh aku kenal kan adik aku tapi dia tak lah sehensem Shah Rukh Khan ke Lee Min Ho , dia biasa je tapi dia hensem di mata kami sekeluarga...



Nama dia Akid . Calon SPM 2013 . Hummm...sekejap je dah besar adik aku..haha . Kami selang setahun je pun . So , harini first day sekolah tak tahu lah dia bersemangat ke tak tapi rasanya semangat lah kot sampai tertidur depan komputer . Kepenatan belajar agaknya kat sekolah . Hahaha . Dia pegi sekolah naik van . 6.30 pagi van dah tercongok depan rumah . Tapi untung lah hari pertama sekolah tak perlu beratur sebabnya hujan selebat lebat hujan pagi tadi . Harini dia sampai rumah pukul 1.30 tengahari . Balik balik mulut dia potpat potpet cerita pasal kat sekolah . Pening aku -.-'' tapi seronok juga lah dengan kerenah dia . haha .

Okay,rasa macam dah terbebel banyak sangat dah ni . Bateri laptop pun dah nak "kiok" charger pulak boleh rosak...memang bercampur aduk perasaan aku sekarang ni . hmmm ~ Tapi sebelum tu aku nak bagi tahu yang aku rindu nak pakai baju ni lagi......heehee . 



HAPPY NEW YEAR !!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Agak lama juga aku tak update blog . Maklumlah sibuk memadatkan aktiviti dengan kerja-kerja  yang kurang berfaedah...haha *jujur amat gue* . Okaylah tak mau celoteh panjang-panjang aku nak teruskan dengan tujuan asal . Cewahhh , ada tujuan ke aku update entry ni ? kihkihkih



First entry untuk 1 Januari 2013 : Sempena tahun baru , hari baru dan tarikh baru juga aku nak ucapkan HAPPY NEW YEAR kepada semua kawan-kawan yang kenal aku atau pun tidak . haha . Semoga tahun baru ini memberi kita lebih banyak pengalaman baru dan semestinya HIDUP DIBERKATI OLEH ALLAH SWT. Tanpa restu dan berkat Yang Maha Esa kita tak boleh nak jalani tahun baru ini dengan sempurna . Ye idok? Ha...jadinya kita sama-samalah membuat kebaikan dan perkara yang diredhai oleh Allah pada tahun ini .

AZAM 2013 !? Aku pasti semua orang ada AZAM kan ? Lagi-lagi masuk tahun baru ni...haaa memang banyak lah azam yang nak dicapai dan yang tak tercapai tahun lepas nak ditunaikan tahun ni . Ye kan ? Ye kan ? haha . Kalau tanya aku , "apa AZAM 2013 aku ?" jawapannya "tak tau lah,entahlah,belum fikir lagi" haaa...boleh gitu? Haha . Tak kisah lah ada ke takde yang penting apa yang korang azam kan tu tercapai lah ye . Insyaallah . Lagi satu kalau korang nak berAZAM tu jangan lah azam benda yang semestinya korang tak mampu tunaikan . Azam lah sekadar yang mampu tapi kalau nak juga azam yang tak mampu , boleh silakan tapi....jangan menyusahkan orang lain ye .

Baiklah itu sahaja entry ringkas daripada saya . Jumpa di lain entry ye . Assalamualaikum :)

SPM is OVER

Assalamualaikum 
Salam Jumaat !

Gempak debommm tak tajuk ? Haha , puyusss habis...
Okay2 , seperti yang korang tahu , tahun ni aku 
last sekolah sebabnya aku dah 17 tahun dan 
calon SPM wehhh... Haha . Tak sabar sebenarnya
nak habis sekolah .

So , pada 5 November 2012 kami calon2 SPM menduduki SPM
which is big examination yang akan tentukan hala tuju
kitorang lepas SPM ni . So , kena buat betul2 lah kan.
Okay , aku punya aliran tamat pada 28 November 2012 . 

Last day exam masing-masing macam excited gilaaa...
yelah , lepas ni dah tak perlu fikir pasal buku , sekolah
and semuanya lah kan . Tapi ,it's just for awhile sebab
nanti sambung belajar kena fikir pasal buku , study 
bagai2 tu kan ? Takpe enjoy dulu puas2 . harhar

Habis tu dah last day kan , masing-masing tangkap 
gambar ahhh untuk kenangan kan . Takut tak jumpa
katanya . Hahaha . Time result kan ada . Lol . 
So , here's some picture for you reader . 
Ohhh , I almost forgot to tell you guys that....
I'm FREEDOM now !



So , this is me ! 


Laila and I


Fara


Fara and my account teacher,Pn.Nora


Laila , Nabila and Fara



Fazelah and I


See You Soon ! enjoyed reading :)






Experiment Membuat Sabun

Assalamualaikum !
Selamat Malam :) !

Minggu ni ada 4 masa kimia , 2 masa hari Isnin , 2 masa lagi hari Selasa .
Cikgu Komala a.k.a cikgu kimia aku plan nak buat experiment sabun .
So , hari Isnin tu kiteorang belajar dia punya procedure 
then hari Selasa kiteorang buat experiment .

Experiment ni tak susah pun cuma makan masa sikit lah sebab nak 
dapat hasil yang baik kan . Lagipun bukannya untuk saja saja .
Nama pun experiment so kiteorang nak tahu macam mana
nak menghasilkan sabun . Selalu beli pakai je sabun tapi 
tak pernah terpikir macam mana sabun tu terhasil .

Hmm , gambar time experiment tak dapat amik sebab tak bawak
kamera . Kalau bawak kang takut kena rampas pulak sebab 
experiment ni melibatkan api . Takut ada side effect .
Experiment kiteorang Alhamdulillah semuanya okay . 

Okay itu sahaja . Good night .