HAPPY NEW YEAR !!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Agak lama juga aku tak update blog . Maklumlah sibuk memadatkan aktiviti dengan kerja-kerja  yang kurang berfaedah...haha *jujur amat gue* . Okaylah tak mau celoteh panjang-panjang aku nak teruskan dengan tujuan asal . Cewahhh , ada tujuan ke aku update entry ni ? kihkihkih



First entry untuk 1 Januari 2013 : Sempena tahun baru , hari baru dan tarikh baru juga aku nak ucapkan HAPPY NEW YEAR kepada semua kawan-kawan yang kenal aku atau pun tidak . haha . Semoga tahun baru ini memberi kita lebih banyak pengalaman baru dan semestinya HIDUP DIBERKATI OLEH ALLAH SWT. Tanpa restu dan berkat Yang Maha Esa kita tak boleh nak jalani tahun baru ini dengan sempurna . Ye idok? Ha...jadinya kita sama-samalah membuat kebaikan dan perkara yang diredhai oleh Allah pada tahun ini .

AZAM 2013 !? Aku pasti semua orang ada AZAM kan ? Lagi-lagi masuk tahun baru ni...haaa memang banyak lah azam yang nak dicapai dan yang tak tercapai tahun lepas nak ditunaikan tahun ni . Ye kan ? Ye kan ? haha . Kalau tanya aku , "apa AZAM 2013 aku ?" jawapannya "tak tau lah,entahlah,belum fikir lagi" haaa...boleh gitu? Haha . Tak kisah lah ada ke takde yang penting apa yang korang azam kan tu tercapai lah ye . Insyaallah . Lagi satu kalau korang nak berAZAM tu jangan lah azam benda yang semestinya korang tak mampu tunaikan . Azam lah sekadar yang mampu tapi kalau nak juga azam yang tak mampu , boleh silakan tapi....jangan menyusahkan orang lain ye .

Baiklah itu sahaja entry ringkas daripada saya . Jumpa di lain entry ye . Assalamualaikum :)